FAIZAL GREATBINA SDN BHD
Kami Membina
Karya Agung.
"Pembinaan Karya Agung" – rumah yang direka mengikut keperluan anda,
dibina untuk kekal merentasi generasi.
"Kenali Kami"
30+ Tahun Membina Kecemerlangan
Faizal Great Bina Sdn Bhd (1533475-M) ialah sebuah syarikat pembinaan 100% milik Bumiputera yang berpengalaman dalam pembinaan rumah kediaman, reka bentuk dalaman dan landskap. Kami membina di atas tanah anda serta merealisasikan kediaman yang mencerminkan gaya hidup, keperluan dan visi anda.
| REG. NO. | 1533475-M |
| CIDB | G5 License |
| OWNERSHIP | 100% Bumiputera |
| greatbina@gmail.com |
Hala Tuju Kami
VISI• MISI• MOTO
VISI
MISI
MOTO
Menjadi syarikat pilihan nombor satu dalam industri pembinaan, reka bentuk dalaman dan landskap melalui penyampaian kualiti terbaik, inovasi berterusan dan komitmen terhadap kepuasan pelanggan.
“Penciptaan Karya Agung“ — kami meneliti setiap keperluan dan cita rasa anda bagi mereka bentuk, membina dan merealisasikan rumah impian yang menepati visi serta gaya hidup anda.
Menyediakan perkhidmatan pembinaan berkualiti tinggi dengan pengurusan kos yang cekap, berfokuskan pelanggan serta mengamalkan inovasi berterusan dalam reka bentuk dan teknologi pembinaan.
KEPIMPINAN
Pengasas
Hj Ahmad Fazil Bin Hashim
pengasas • great bina
Perintis Pembinaan di Negara-negara Teluk
Penglibatan Bersama MATRADE Dubai
Mendapat Liputan Media Nasional
Dengan lebih 30 tahun pengalaman dalam industri pembinaan, Hj Ahmad Fazil dikenali sebagai antara tokoh perintis Melayu yang telah membuka jalan kepada penglibatan rakyat Malaysia dalam sektor pembinaan di peringkat antarabangsa. Berbekalkan semangat untuk menimba ilmu dan memperluaskan jaringan industri, beliau meneroka peluang serta berkongsi kepakaran pembinaan di negara-negara Teluk seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi.
Komitmen beliau terhadap pembangunan industri turut membawa kepada kerjasama strategik bersama MATRADE Dubai dalam mengukuhkan hubungan perniagaan antara Malaysia dan Dubai. Kejayaan memeterai kontrak kerja pengubahsuaian asrama pekerja dengan sebuah syarikat berpangkalan di Dubai telah menjadi satu pencapaian bersejarah yang mendapat pengiktirafan serta liputan media di peringkat nasional.
“Majlis menandatangani kontrak bersama syarikat berpangkalan di Dubai bagi projek pengubahsuaian asrama pekerja di Dubai.”
“Berita Harian, 18 Sep 2003”
kepimpinan
Pengarah
Ahmad Faizal bin Ahmad Fazil
pengarah • great bina
Generasi kedua Great Bina. Ahmad Faizal telah dilantik sebagai Biro Khas Pelaburan Timur Tengah di bawah Majlis Perniagaan Timur Tengah pada tahun 2014. Beliau telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan bangunan kerajaan di seluruh negeri Selangor dan Kedah.
Pada tahun 2019, beliau menubuhkan Faizal Great Bina Sdn Bhd dan diiktiraf sebagai pakar pembinaan. Beliau juga pernah dipaparkan dalam Berita TV3 atas kepakaran dan pandangan beliau mengenai industri tersebut.
Biro Timur Tengah 2014
Projek Pembangunan di Selangor & Kedah
Generasi Ke-2
liputan berita tv3
Insan Di Sebalik Kejayaan Kami
Pasukan Kami
kelayakan kami
Sijil & Lesen Syarikat



CIDB

